Sedihnya kisah nyata ini, semoga bisa memberi pelajaran bagi kita.. aamiin..
Rina sedang menyiapkan makan malam ketika aku tiba di rumah. Aku memegang tangannya dan berkata, “ Abang ada sesuatu nak beritahu”. Dia membisu dan dapat ku lihat keresahan di matanya.
Tiba-tiba lidahku kelu. Tapi aku nekad untuk memberitahunya. “Abang
rasa kita sudah tidak serasi lagi. Kita cerai?”. Akhirnya, terlepas jua
beban di dada. Tapi ku lihat Rina tenang dan dia hanya bertanya dengan
lembut. “Mengapa bang? Apa salah saya?”.
Giliran aku membisu dan ini menimbulkan kemarahan Rina. Air matanya
mula menitis. Aku tahu dia mahukan jawapan tapi aku tiada jawapannya.
Yang ku tahu, hatiku kini milik Tasya. Cintaku bukan pada Rina lagi.
Aku katakanya padanya yang dia boleh ambil rumah dan kereta apabila
kami bercerai. Rina merenung wajahku. Pandangannya kosong. 10 tahun kami
berkahwin tetapi malam ni kami umpama orang asing. Aku kasihankannya
tetapi untuk berpatah balik tidak sesekali. Aku cintakan Tasya. Air
matanya yang sekian tadi bertakung mula mengalir deras. Sudah ku jangka.
Malah aku lega melihatnya menangis. Niatku untuk bercerai semakin jelas
dan nyata.
Keesokannya, Rina mengatakan dia tidak mahu apa-apa dari penceraian
kami melainkan tempoh 1 bulan. Dia meminta bahawa dalam satu bulan itu
kami teruskan rutin harian kami seperti biasa sebagai suami isteri.
Alasannya, anak kami bakal menduduki peperiksaan dalam masa sebulan lagi
dan dia tidak mahu anak kami terganggu dengan penceraian kami. Aku
bersetuju.
Kemudian Rina menyuruhku mengingat kembali saat aku mendukungnya ke
bilik kami pada malam pertama kami. Dia meminta untuk tempoh sebulan
ini, aku mendukungnya keluar dari bilik tidur kami ke pintu depan setiap
pagi. Pada ku memang tidak masuk akal. Tetapi aku tetap bersetuju.
Aku memberitahu Tasya permintaan Rina. Dia ketawa dan hanya
mengatakan ini semua kerja gila. Tidak kira apa muslihat Rina, dia tetap
akan diceraikan. Aku hanya diam membatu.
Semenjak aku menimbulkan isu penceraian, kemesraan kami terus hilang.
Hari pertama aku mendukungnya keluar, aku merasa kekok. Rina juga. Anak
kami bertepuk tangan di belakang sambil ketawa dan berkata, “Ayah
dukung ibu ya”. Kata-katanya amat menyentuh hatiku. Mata Rina bergenang
dan dengan lembut dia memberitahuku agar jangan sampai anak kami tahu
yang kami akan bercerai. Aku mengangguk setuju. Aku menurunkannya di
muka pintu. Dan kami memandu berasingan ke tempat kerja.
Masuk hari kedua, hilang sedikit rasa kekok. Rina bersandar di
dadaku. Dapat ku cium harumannya. Dapat ku lihat kedutan halus di
wajahnya Aku sedar dia tidak muda lagi seperti dahulu. Ternyata
perkahwinan kami memberi kesan kepadanya. Selama satu minit, aku
tertanya-tanya apa yang telah aku lakukan.
Masuk hari keempat, aku dapat rasakan keintiman kami telah kembali. Tanpa sedar hatiku berkocak mengatakan mungkinkan cintaku masih padanya. Hari kelima dan keenam, aku menyedari keintiman kami mula bercambah kembali. Aku tidak memberitahu Tasya tentang perkara ini. Masuk hari-hari seterusnya, rutin ini jadi lebih mudah malah aku nantikannya setiap pagi.
Masuk hari keempat, aku dapat rasakan keintiman kami telah kembali. Tanpa sedar hatiku berkocak mengatakan mungkinkan cintaku masih padanya. Hari kelima dan keenam, aku menyedari keintiman kami mula bercambah kembali. Aku tidak memberitahu Tasya tentang perkara ini. Masuk hari-hari seterusnya, rutin ini jadi lebih mudah malah aku nantikannya setiap pagi.
Suatu pagi, Rina sedang memilih baju untuk dipakai. Katanya tiada
yang sesuai. Dia mengeluh. “Semua baju saya besar”. Baru ku sedar, dia
semakin kurus. Mungkin itu jugalah sebabnya aku semakin mudah
mendukungnya. Tiba-tiba terlintas di fikiranku. Mungkin Rina sedang
menyembunyikan keperitan hatinya lantaran sikapku selama ini. Tanda
sedar aku merangkul tubuhnya dan membelai rambutnya.
Kemudian, muncul anak kami di muka pintu sambil berkata “ Ayah, cepat
lah dukung ibu keluar”. Padanya, melihat aku mendukung keluar isteriku
setiap pagi adalah rutin hariannya. Rina memanggil anak kami lalu
memeluknya erat. Ku palingkan mukaku kerana takut aku sndiri mengubah
fikiran di saat ini. Aku kemudian mendukungnya dan tangannya melingkari
leherku. Tanpa sedar, ku eratkan rangkulanku. Dapat ku rasakan badannya
sangat ringan.
Hari ini genap sebulan. Di muka pintu aku menggenggam tangannya dan
berkata “ Abang tidak sedar yang selama ini kita kurang keintiman”. Aku
terus melangkah ke kereta dan terus memandu ke pejabat. Sesampainya di
pejabat, aku terus ke bilik Tasya. Sebaik pintu terbuka, aku masuk dan
aku beritahu dia “Maaf Tasya. Saya tidak akan bercerai dengan Rina.
Sekarang saya sedar saya masih cintakan dia”.
Muka Tasya berubah merah. Tapi ku kata jua,“Maaf Tasya. Saya dan Rina
tidak akan bercerai. Perkahwinan kami membosankan mungkin kerana saya
tidak menghargai apa yang kami ada dan kongsi selama ini, bukan kerana
kami tidak lagi menyintai satu sama lain”. Tasya menjerit sekuat hati
dan aku terus melangkah keluar.
Aku kembali ke kereta dan niat hatiku mahu pulang ke rumah dan
memohon maaf dari Rina, isteriku. Aku singgah di sebuah kedai bunga
untuk membeli sejambak tulip merah kesukaan Rina. Aku capai sekeping kad
dan ku tulis, “Abang akan dukung Rina setiap pagi hingga maut
memisahkan kita”.
Setibanya di rumah, aku terus berlari ke bilik kami dan mendapati
Rina terbaring tenang di atas katil. Ku belai wajahnya sambil memanggil
namanya tapi tiada sahutan. Rina kaku. Hatiku berdetak keras.
Kini Rina pergi untuk selamanya. Perpisahan yang ku pinta ternyata
ditunaikan. Sekian lama Rina berperang dengan KANSER RAHIM tetapi aku
begitu sibuk dengan Tasya untuk menyedarinya. Rina tahu bahawa dia akan
mati tidak lama lagi dan dia mahu menyelamatkan aku daripada reaksi
negatif dari anak kami, sekiranya kami tetap bercerai. Rina mahu
sekurang-kurangnya di mata anak kami, aku adalah suami yang penyayang.
Perkara-perkara mudah dan ringkas yang anda lakukan bersama adalah
yang sebenarnya penting dalam perkahwinan. Bukan banglo, kereta, harta,
dan wang di bank. Semua itu hanya wujudkan persekitaran yang kondusif
untuk kebahagiaan tetapi tidak dapat memberi kebahagiaan pada kita.
Jadi carilah masa untuk menjadi sahabat kepada isteri/suami anda dan
lakukan perkara-perkara kecil untuk satu sama lain yang membina
keintiman. Binalah kemanisan rumah tangga anda. Hargailah setiap
pengorbanan pasangan anda. (fuh.my)
sumber: http://www.akhwatindonesia.com/2015/05/harus-baca-kisah-sedih-seorang-isteri-yang-menyentuh-hati/